Thursday 7 November 2013

Story 8 Nov 2013



Assalamualaikum, 
Hai, Fifi datang lagi setelah sekian lama menyepi diri. Maklumlah bukan senang jadi Domestic Engineer (plan utk masa depan anak2 juga uruskan suami). 

Saje nak kongsi cerita kat sini.
Tahun ini anak sulong menduduki exam SPM. Macam biasa emak lagi nervous dari anaknya. 
Alhamdulillah Solat Hajat dan berpuasa dapat buat kali ni. Senangtiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2. Anak sulong ni berminat dalam bidang Computing Engineering. Harap2 tercapailah minatnya.

Anak kedua pulak alhamdulillah semakin maju dalam pelajarannya. Tahun hadapan akan menduduki PBSMR. Harap semua subjek dia dapat band 6. Insyaallah..

Anak bongsu pulak gembira sangat kerana dapat nombor 1 kedudukan dalam kelas peperiksaan akhir tahun 2013. Harap2 tahun hadapan bakal menduduki UPSR juga akan mendapat keputusan cemerlang.

Pendekkan cerita , Emak senantiasa mendoakan kejayaan dunia dan akhirat untuk anak2 dan seisi keluarga. Amin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment